Sunday, January 5, 2014

roda hidup

 


from egypt with love


lama dah, jari nie x menari- nari nak tulis blog,, memang lama dah x update pon,, cuma nak cerita sikit je,,,

Rasanya dah hampir empat tahun saya berada di mesir. And now i'am 3rd year. Sungguh x sangka sbb mampu bertahan sehingga sekarang. Setelah banyak dugaan dan cabaran yang dilalui. Rasanya kalau boleh tadah air mata tue, cukup kot satu kolah. Segala kesusahan dan ujian dalam hidup nie ALLAH x bagi suka2 kat hambanya. DIA tau siapa yang layak memikul beratnya tanggungjawab tue. tapi, cabaran untuk saya belum berhenti lagi.

Banyak lagi yang saya belum gapai. Ilmu di tanah musa nie, belum pun habis dikaut. Tahun demi tahun, aturan ALLAH untuk saya di bumi anbiya’ nie mendidik saya untuk menjadi lebih cekal. Bermula dari peristiwa kejatuhan pemimpin zalim dan sekarang, rakyat berjuang untuk menegakkan islam. Plot bumi mesir memang x sekata. Tapi saya bersyukur kerana dapat menyaksikan dan hidup seiring dalam revolusi mereka.

Jatuh bangun mereka, seluruh pelajar Malaysia di mesir turut rasai tempiasnya. Bumi anbiya’ ini jugalah yang mengajar erti kesabaran yang sebenar-benarnya sabar terutamanya dengan kerenah org arab sendiri. Mesir jugalah tempat di mana saya kembali bertatih. Bertatih dalam menimba ilmu. And YES‼ all in Arabic. Susah? Memang susah.

Alhamdulillah di samping saya ada sahabat yang prihatin dan banyak membantu. Daripada tidak kenal apa itu sahabat dunia akhirat kepada kenal apa itu ‘ukhwahfillah’ was precious moment in my life. Mungkin bagi sesetengah orang, just simple thing. But, it’s okey. Sebab penerimaan orang berbeza. Now, don’t look back, just step forward. Past is the past. Ambil pengajaran dari kehidupan lalu.

Saturday, October 20, 2012

baju itu...

Saya terfikir sesuatu tadi. Saya tak tahu menjahit tapi saya perlu menjahit sepasang baju ukhuwah yang dah lama.. Dulu baju tue cantik tapi sekarang dah koyak sikit-sikit.. Oleh itu saya perlu jahit secepatnya supaya baju tue x lunyai.

Dalam hal nie, saya perlukan benang yang diperbuat daripada ramuan-ramuan yang boleh didapati hanya oleh orang yang melihat dengan mata hati sahaja. Manakala jarum pula, merupakan jarum yang diperbuat daripada logam yang mempunyai kuasa magis yang luar biasa.

Bahan-bahan untuk membuat benang tersebut adalah:

  1. Seinfiniti doa kepada ALLAH
  2. 13 jenama sutera toleransi yang hanya boleh didapati di Qasr Annuha iaitu istana di mana terletaknya orang-orang yang berilmu di dada.
  3. Kapas cinta kepada rasul junjungan kita secukupnya.
  4. Pewarna yang dibenarkan iaitu:
    • warna merah, semerah hati yang semarak dengan cinta kepada sahabat.
    • warna jingga yang menyinarkan cahaya kehangatan ukhuwah.
    • warna kuning kehormatan. 
    • warna hijau, selembut air yang mengalir.
    • warna biru, sedingin salji yang mampu memadamkan api kemarahan.
    • warna indigo yang menjadi langsir perlindungan aurora antara kita semua.
    • warna ungu yang hanya terdapat pada bintang impian di langit yang Maha Esa.
  5. Kata- kata magis yang lebih hebat daripada harry potter iaitu Kalam-Kalam ALLAH.

    Cara-cara membuatnya:

    1. Letakkan seinfiniti doa kapada ALLAH ke dalam bekas yang bernama HATI. Bekas tersebut hendaklah di basuh dengan menggunakan zikir-zikir kepada yang Maha ESA.
    2. Kemudian masukkan 13 jenama sutera toleransi tadi. dan gaul sehingga rata.
    3. Setelah rata, masukkan pula kapas cinta kepada rasul junjungan kita.. Kalau boleh, letak je banyak2.
    4. Seterusnya, masukkan pewarna-pewarna tadi. dan, bacalah kalam-kalam ALLAH .
    5. Lastly. gunakanlah mesin kepercayaan untuk memintal benang tersebut.


    Bahan yang diperlukan untuk membuat jarum pula:
    --Logam yang susah untuk didapati iaitu logam kesabaran, logam keberanian dan logam kasih sayang.

    Cara-cara membuatnya:

    1. Cairkan logam kesabaran,logam keberanian,dan logam kasih sayang.. 
    2. Kemudian letakkan dalam acuan tolak ansur. Bila sudah nampak bentuk jarum tersebut, remdamkan ke dalam air yang merupakan air mata keinsafan puteri-puteri Qasr Annuha.
    3. Kemudian jarum tersebut diletekkan di dalam kotak baldu yang berjenama Ikhlas.

     Oleh yang demikian, saya perlukan benang dan jarum seperti di atas. InsyaALLAH, boleh.







Tuesday, January 24, 2012

siblings in islam,,,

sejak kte declare adik beradik almost a year kot,,,,,banyak benda yang kte lalui bersama,,,pahit getir,masam manis masin, jatuh bangun kte bersama,,,,,,mungkin kata2 sedih dan gembira itu selalu wujud antara kita,,, tapi percayalah gembira selamanya,,,, mak, umi, along, angah, anjang, achik, ateh, opie, uda, alang,,,,,,,,,, dan sampailah adik2 baru datang, adik, kakak, dan ayong.... semua kita lalui bersama,, suka duka hehehehehe ble ade yang sedih akan ada kalam2 positif dilafazkan untuk menaikkan semangat,,,ALHAMDULILLAH,,,,walaupun pahit, tapi tetap ada manis akhirnya,,,,manis macam cococrunch hehehehe,,,,,,,,, semoga apa yang kita buat kat dunia nie  dapat balasan baik kat akhirat nanti,,,insyaALLAH,,,




Wednesday, October 26, 2011

nuansa kehidupan

بسم اللة الرحمن الرحيم

pernah satu hari tue aku duduk kat restoran tp jalan sbb nak tgu pizza yang aku tempah siap. lme jgak la menunggunyer. kejadian nie berlaku kat mesir. waktu tue aku bru habis kuliah lbh kurang jam 1.00 petang. then,aku dan kawan  aku nie pg la kdai pizza. lpas tempah tue aku pun duduk la. waktu tue aku ada tngok 2 org girls arab nie tngah makan pizza kat dalam kedai tue, then pak cik yang tokey kdai pizza tue asyik dok senyum2 je kat girls tue... tue pristiwa pertama yang aku tengok waktu tue.. lpas tue aku ada tengok sorg org kaya dan khadamnyer pg kedai sblah kedai pizza nie.. sblah kedai pizza nie adalah kedai untuk baiki cermin kereta. aku bkan nyer nak crita pasal cermin kreta dyer tue tp pasal dua golongan nie. bila aku tngok yang kaya nie baik sangat kat khadam dyer..waktu tue yang kaya nie nak bli air n dyer pon sruh la khadam dyer duduk dan dyer nak pg blikan air. tapi, khadam dyer kate 'xpe,biar aku je yang blikan air untuk kau' tapi tuan dyer plak kata tak yah n last2 diorang pg sama2 bli air tue.dan waktu nak bayar duit kos baiki cermin kreta tue,khadam dyer kluarkan duit dari baju dyer memang banyak sangat mcm khadam dyer plak yang kaya. kat sini aku nak katakan bahawa tak kira kte nie hebat mana pun,dan kaya mana pun pleaseeeeeeelaaa hormat skit org hatta org tue just khadam kte sbb ALLAH tue adil dan DIA xpandang kasta manusia. x mustahil kalau org yang kutip sampah ke,khadam ke lebih tinggi darjatnya pada ALLAH drpd org yang nampak hebat di mata manusia. sbb mungkin ALLAH x tunjuk lagi balasannya kat  dunia nie. tapi akhirat nanti mcm mne??

Monday, May 23, 2011

wah sahabat ku dah nak khawen hihi rewang la lepas nie

بسم الله الرحمن الحيم
assalamualaikum pembuka kalam....
ari tue dapat undangan secara eksklusif daripada pengantin sendiri untuk menghadiri walimah beliau hihi..bestnyer,,,nama beliau nanti je ana bgtaw ye,,,bila dah tiba waktunya nanti...
tema untuk majlis khawen nie kaler hijau.. walimah nie diadakan di negara tempat ana belajar ler MESIR..walimah dgn arrangement islam gitu...we all sahabat2 nie masing2 tau la tugas sendiri dalam menjayakan walimah nie,,iaitu ada yang menjadi penyambut tetamu,ada yang masak,ada jugak yang hias pengantin sikit2 hihi,,
sungguh tak sangka orang yang boleh katakan rapat dan kita kenal dah nak kawen,,,tapi ana?? hihi belum agi masih muda sangat kalau nak kawen..habis belajar baru la kawen hihi,,,, tapi kena ingat kalau dah takdir yang tersurat untuk kita kawen waktu belajar macam mana nak deny ye dak??
kena ingat la kalau mampu dari segenap aspek ok je...xda masalah..
Berbalik kepada cerita asal nie tadi,pasal sahabat ana yang nak kawen  nie,,we all sahabat2 pun tolong la apa yang patut untuk sahabat yang tercinta nie,,,  ok sampai sini je dulu nanti ana sambung lagi ye..