from egypt with love
lama dah, jari nie x menari- nari nak tulis blog,, memang lama dah x update pon,, cuma nak cerita sikit je,,,
Rasanya dah hampir empat tahun saya berada di mesir. And now i'am 3rd year. Sungguh x sangka sbb mampu bertahan sehingga sekarang. Setelah banyak dugaan dan cabaran yang dilalui. Rasanya kalau boleh tadah air mata tue, cukup kot satu kolah. Segala kesusahan dan ujian dalam hidup nie ALLAH x bagi suka2 kat hambanya. DIA tau siapa yang layak memikul beratnya tanggungjawab tue. tapi, cabaran untuk saya belum berhenti lagi.
Banyak lagi yang saya belum gapai. Ilmu di tanah musa nie, belum pun habis dikaut. Tahun demi tahun, aturan ALLAH untuk saya di bumi anbiya’ nie mendidik saya untuk menjadi lebih cekal. Bermula dari peristiwa kejatuhan pemimpin zalim dan sekarang, rakyat berjuang untuk menegakkan islam. Plot bumi mesir memang x sekata. Tapi saya bersyukur kerana dapat menyaksikan dan hidup seiring dalam revolusi mereka.
Jatuh bangun mereka, seluruh pelajar Malaysia di mesir turut rasai tempiasnya. Bumi anbiya’ ini jugalah yang mengajar erti kesabaran yang sebenar-benarnya sabar terutamanya dengan kerenah org arab sendiri. Mesir jugalah tempat di mana saya kembali bertatih. Bertatih dalam menimba ilmu. And YES‼ all in Arabic. Susah? Memang susah.
Alhamdulillah di samping saya ada sahabat yang prihatin dan banyak membantu. Daripada tidak kenal apa itu sahabat dunia akhirat kepada kenal apa itu ‘ukhwahfillah’ was precious moment in my life. Mungkin bagi sesetengah orang, just simple thing. But, it’s okey. Sebab penerimaan orang berbeza. Now, don’t look back, just step forward. Past is the past. Ambil pengajaran dari kehidupan lalu.
Salam. Selamat blogging dik :)
ReplyDeletehttp://farahfirdaus.blogspot.com