Sunday, January 5, 2014

roda hidup

 


from egypt with love


lama dah, jari nie x menari- nari nak tulis blog,, memang lama dah x update pon,, cuma nak cerita sikit je,,,

Rasanya dah hampir empat tahun saya berada di mesir. And now i'am 3rd year. Sungguh x sangka sbb mampu bertahan sehingga sekarang. Setelah banyak dugaan dan cabaran yang dilalui. Rasanya kalau boleh tadah air mata tue, cukup kot satu kolah. Segala kesusahan dan ujian dalam hidup nie ALLAH x bagi suka2 kat hambanya. DIA tau siapa yang layak memikul beratnya tanggungjawab tue. tapi, cabaran untuk saya belum berhenti lagi.

Banyak lagi yang saya belum gapai. Ilmu di tanah musa nie, belum pun habis dikaut. Tahun demi tahun, aturan ALLAH untuk saya di bumi anbiya’ nie mendidik saya untuk menjadi lebih cekal. Bermula dari peristiwa kejatuhan pemimpin zalim dan sekarang, rakyat berjuang untuk menegakkan islam. Plot bumi mesir memang x sekata. Tapi saya bersyukur kerana dapat menyaksikan dan hidup seiring dalam revolusi mereka.

Jatuh bangun mereka, seluruh pelajar Malaysia di mesir turut rasai tempiasnya. Bumi anbiya’ ini jugalah yang mengajar erti kesabaran yang sebenar-benarnya sabar terutamanya dengan kerenah org arab sendiri. Mesir jugalah tempat di mana saya kembali bertatih. Bertatih dalam menimba ilmu. And YES‼ all in Arabic. Susah? Memang susah.

Alhamdulillah di samping saya ada sahabat yang prihatin dan banyak membantu. Daripada tidak kenal apa itu sahabat dunia akhirat kepada kenal apa itu ‘ukhwahfillah’ was precious moment in my life. Mungkin bagi sesetengah orang, just simple thing. But, it’s okey. Sebab penerimaan orang berbeza. Now, don’t look back, just step forward. Past is the past. Ambil pengajaran dari kehidupan lalu.

Saturday, October 20, 2012

baju itu...

Saya terfikir sesuatu tadi. Saya tak tahu menjahit tapi saya perlu menjahit sepasang baju ukhuwah yang dah lama.. Dulu baju tue cantik tapi sekarang dah koyak sikit-sikit.. Oleh itu saya perlu jahit secepatnya supaya baju tue x lunyai.

Dalam hal nie, saya perlukan benang yang diperbuat daripada ramuan-ramuan yang boleh didapati hanya oleh orang yang melihat dengan mata hati sahaja. Manakala jarum pula, merupakan jarum yang diperbuat daripada logam yang mempunyai kuasa magis yang luar biasa.

Bahan-bahan untuk membuat benang tersebut adalah:

  1. Seinfiniti doa kepada ALLAH
  2. 13 jenama sutera toleransi yang hanya boleh didapati di Qasr Annuha iaitu istana di mana terletaknya orang-orang yang berilmu di dada.
  3. Kapas cinta kepada rasul junjungan kita secukupnya.
  4. Pewarna yang dibenarkan iaitu:
    • warna merah, semerah hati yang semarak dengan cinta kepada sahabat.
    • warna jingga yang menyinarkan cahaya kehangatan ukhuwah.
    • warna kuning kehormatan. 
    • warna hijau, selembut air yang mengalir.
    • warna biru, sedingin salji yang mampu memadamkan api kemarahan.
    • warna indigo yang menjadi langsir perlindungan aurora antara kita semua.
    • warna ungu yang hanya terdapat pada bintang impian di langit yang Maha Esa.
  5. Kata- kata magis yang lebih hebat daripada harry potter iaitu Kalam-Kalam ALLAH.

    Cara-cara membuatnya:

    1. Letakkan seinfiniti doa kapada ALLAH ke dalam bekas yang bernama HATI. Bekas tersebut hendaklah di basuh dengan menggunakan zikir-zikir kepada yang Maha ESA.
    2. Kemudian masukkan 13 jenama sutera toleransi tadi. dan gaul sehingga rata.
    3. Setelah rata, masukkan pula kapas cinta kepada rasul junjungan kita.. Kalau boleh, letak je banyak2.
    4. Seterusnya, masukkan pewarna-pewarna tadi. dan, bacalah kalam-kalam ALLAH .
    5. Lastly. gunakanlah mesin kepercayaan untuk memintal benang tersebut.


    Bahan yang diperlukan untuk membuat jarum pula:
    --Logam yang susah untuk didapati iaitu logam kesabaran, logam keberanian dan logam kasih sayang.

    Cara-cara membuatnya:

    1. Cairkan logam kesabaran,logam keberanian,dan logam kasih sayang.. 
    2. Kemudian letakkan dalam acuan tolak ansur. Bila sudah nampak bentuk jarum tersebut, remdamkan ke dalam air yang merupakan air mata keinsafan puteri-puteri Qasr Annuha.
    3. Kemudian jarum tersebut diletekkan di dalam kotak baldu yang berjenama Ikhlas.

     Oleh yang demikian, saya perlukan benang dan jarum seperti di atas. InsyaALLAH, boleh.