Saya terfikir sesuatu tadi. Saya tak tahu menjahit tapi saya perlu menjahit sepasang baju ukhuwah yang dah lama.. Dulu baju tue cantik tapi sekarang dah koyak sikit-sikit.. Oleh itu saya perlu jahit secepatnya supaya baju tue x lunyai.
Dalam hal nie, saya perlukan benang yang diperbuat daripada ramuan-ramuan yang boleh didapati hanya oleh orang yang melihat dengan mata hati sahaja. Manakala jarum pula, merupakan jarum yang diperbuat daripada logam yang mempunyai kuasa magis yang luar biasa.
Bahan-bahan untuk membuat benang tersebut adalah:
- Seinfiniti doa kepada ALLAH
- 13 jenama sutera toleransi yang hanya boleh didapati di Qasr Annuha iaitu istana di mana terletaknya orang-orang yang berilmu di dada.
- Kapas cinta kepada rasul junjungan kita secukupnya.
- Pewarna yang dibenarkan iaitu:
- warna merah, semerah hati yang semarak dengan cinta kepada sahabat.
- warna jingga yang menyinarkan cahaya kehangatan ukhuwah.
- warna kuning kehormatan.
- warna hijau, selembut air yang mengalir.
- warna biru, sedingin salji yang mampu memadamkan api kemarahan.
- warna indigo yang menjadi langsir perlindungan aurora antara kita semua.
- warna ungu yang hanya terdapat pada bintang impian di langit yang Maha Esa.
- Kata- kata magis yang lebih hebat daripada harry potter iaitu Kalam-Kalam ALLAH.
Cara-cara membuatnya:
- Letakkan seinfiniti doa kapada ALLAH ke dalam bekas yang bernama HATI. Bekas tersebut hendaklah di basuh dengan menggunakan zikir-zikir kepada yang Maha ESA.
- Kemudian masukkan 13 jenama sutera toleransi tadi. dan gaul sehingga rata.
- Setelah rata, masukkan pula kapas cinta kepada rasul junjungan kita.. Kalau boleh, letak je banyak2.
- Seterusnya, masukkan pewarna-pewarna tadi. dan, bacalah kalam-kalam ALLAH .
- Lastly. gunakanlah mesin kepercayaan untuk memintal benang tersebut.
Bahan yang diperlukan untuk membuat jarum pula:
--Logam yang susah untuk didapati iaitu logam kesabaran, logam keberanian dan logam kasih sayang.
Cara-cara membuatnya:
- Cairkan logam kesabaran,logam keberanian,dan logam kasih sayang..
- Kemudian letakkan dalam acuan tolak ansur. Bila sudah nampak bentuk jarum tersebut, remdamkan ke dalam air yang merupakan air mata keinsafan puteri-puteri Qasr Annuha.
- Kemudian jarum tersebut diletekkan di dalam kotak baldu yang berjenama Ikhlas.
Oleh yang demikian, saya perlukan benang dan jarum seperti di atas. InsyaALLAH, boleh.